PerawatIslam2u.com

PerawatIslam2u.com Menyediakan Perkhidmatan Khidmat Nasihat, Sesi Runding Cara Dan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Yang Bersistematik Serta Patuh Syariah. Tersedia Secara Bersemuka @ ‘Face To Face’ Di Seluruh Malaysia Dan Secara Atas Talian @ ‘Online’ Walau Di Mana Anda Berada (Di Seluruh Dunia).

Rawatan Secara 'Face To Face'

PerawatIslam2u.com yang berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat, sesi runding cara dan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional yang bersistematik secara personal dan ekslusif, terus ke rumah, hotel, pejabat, premis perniagaan, hospital, pusat perubatan dan lokasi pilihan anda di seluruh Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan di kawasan sekitarnya. 

Membuat temujanji rawatan lebih awal adalah sangat digalakkan sekiranya anda serius dan betul-betul memerlukan Rawatan Pengubatan Islam secara bersemuka atau secara ‘Face To Face’ ini di lokasi pilihan anda memandangkan jadual rawatan harian Perawat Islam kami setiap hari adalah sangat padat.

Walau bagaimanapun ia masih tetap tertakluk kepada kekosongan slot Rawatan Pengubatan Islam secara ‘Face To Face’ yang masih ada serta terma dan syarat yang dipersetujui bersama.

Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Secara Atas Talian @ 'Online'

Rawatan Secara 'Virtual Consultation (VC) / Konsultasi Virtual'

PerawatIslam2u.com juga menyediakan perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam secara atas talian @ Online yang lebih dikenali sebagai ‘Virtual Consultation’ atau ‘Konsultasi Virtual’ dan Rawatan Ruqyah Online walau di mana anda berada.

Perkhidmatan ini disediakan berdasarkan permintaan yang tinggi, terutamanya dari warganegara Malaysia, sama ada yang sedang berada di Malaysia atau pun yang sedang bertugas, belajar, bercuti dan berada di luar negara di seluruh pelusuk dunia.

Perkhidmatan yang ditawarkan ini seiring dengan kemajuan pesat dan perkembangan terkini teknologi komunikasi dunia semasa yang membuatkan dunia tanpa sempadan serta boleh diakses hanya dari hujung jari dari serata dunia.

Rawatan secara ‘Online’ atau lebih dikenali sebagai ‘Virtual Consultation (VC)’ iaitu Konsultasi Virtual yang pihak kami lakukan ini adalah mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan Konsultasi Virtual (VC) Untuk Pengamal Perubatan Tradisional Dan Komplementari (PT&K) di Malaysia yang diterbitkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sila KLIK Di Sini sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Garis Panduan ini.

Rawatan Islam secara Online / Konsultasi Virtual ini disediakan khas untuk mereka yang:-

  • Mengalami kesukaran mendapatkan Perawat Islam berhampiran,

  • Tidak berupaya hadir ke pusat rawatan secara fizikal, atau

  • Tinggal di luar kawasan / luar negara tetapi memerlukan rawatan segera.

Semasa sesi Rawatan Pengubatan Islam secara ‘Online’ @ Konsultasi Virtual ini, pesakit dan Perawat perlu ‘ON’ kamera @ video dan mikrofon @ speaker Applikasi Google Meet atau Zoom yang digunakan supaya pesakit dan Perawat Islam kami dapat sama-sama bersemuka secara maya atau virtual, di mana pesakit dapat melihat dan mendengar percakapan Perawat dan Perawat pun dapat melihat pesakit dan boleh berkomunikasi secara langsung @ ‘LIVE’ dan interaktif serta berlaku serentak @ ‘Real Time’ semasa sesi rawatan dilakukan. Seolah-olah sedang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan.

Pesakit perlu membuat temujanji rawatan lebih awal dengan menempah slot rawatan ‘Online’ @ Konsultasi Virtual sekiranya berhajat untuk mendapatkan Rawatan Pengubatan Islam menggunakan kaedah ‘Online’ @ Konsultasi Virtual ini. 

Walau bagaimanapun, ia masih tetap tertakluk kepada kekosongan slot Rawatan Pengubatan Islam secara ‘Online’ @ Konsultasi Virtual yang masih ada serta terma dan syarat yang dipersetujui bersama.

Dengan izin Allah, Rawatan Islam secara ONLINE ini menjadi jambatan antara Perawat dan pesakit tanpa mengira jarak dan sempadan.
In Shaa Allah, penyembuhan tetap milik Allah. Kita hanya berusaha. Selebihnya kita serahkan segala urusan kepada Allah S.W.T.

Sekiranya anda berhajat untuk mendapatkan Rawatan Ruqyah Online, platform PerawatIslam2u.comRuqyahOnline.Asia dan Ruqyah.International merupakan alternatif terbaik masa kini yang boleh dipertimbangkan. Dengan pendekatan rawatan secara ‘jarak jauh’ yang lebih fleksibel dan mudah diakses, ia memberi peluang kepada pesakit mendapatkan Rawatan Ruqyah dengan lebih selesa walau di mana sahaja mereka berada.

Kriteria PerawatIslam2u.com

PerawatIslam2u.com Bukan Biasa-Biasa. Perawat Kami Merupakan Pengamal Pengubatan Islam Profesional, Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Berkemahiran Tinggi Dan Berpengalaman Luas .

PerawatIslam2u.com Komited Memberikan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Yang Profesional, Patuh Syariah Dan Beretika Dengan Menggunakan Pendekatan Holistik @ Menyeluruh, Merangkumi Aspek Rohani, Jasmani, Emosi, Mental Dan Spiritual.

Profesional

Perawat Islam Profesional yang telah mendapat latihan, bimbingan dan tunjuk ajar secara formal dan bermodul dari guru-guru dan tokoh pengubatan Islam yang ternama, berkaliber dan pakar di dalam bidang perawatan Islam supaya setiap sesi rawatan lebih teratur dan efektif.

Berdaftar Dengan KKM

Perawat Islam yang berdaftar secara rasmi dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775). Pendaftaran ini membuktikan Perawat dan rawatan yang dijalankan adalah diiktiraf, sah dan patuh perundangan.

Berkemahiran Tinggi

Perawat Islam yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Bidang Perawatan Ruqyah dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami telah merawat bermacam-macam kes yang melibatkan masalah fizikal, rohani, emosi, mental dan spiritual dari seluruh Malaysia hingga ke luar negara.

Berpengalaman Luas

Perawat Islam yang diberi kepercayaan dan berpengalaman merawat pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan VVIP, golongan Profesional, ahli perniagaan, artis, selebriti, pelakon popular dan penyanyi terkenal tanahair, atlet negara, founder produk serta masyarakat umum. Pengalaman luas ini menjadikan kami lebih memahami keperluan setiap pesakit dengan pendekatan rawatan berhemah dan penuh rahmah.

Pendekatan Rawatan Yang Digunakan

Perawatislam2u.com Percaya Setiap Penyakit Sama Ada Rohani, Jasmani, Emosi, Mental Dan Spiritual Boleh Dirawat Dengan Izin Allah. Dengan Misi Untuk Membantu Masyarakat Mencari Keseimbangan Diri Yang Meliputi Roh, Nafs, Qalb Dan ‘Aql, Pendekatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Yang Digunakan Ini Diyakini Dapat Membantu. Pendekatan Rawatan PerawatIslam2u.com  Menggunakan Integrasi 4 Elemen Berikut:-

1. Kaunseling Syar'ie
(Pendekatan Tazkiyah An Nafs)

Satu Proses Memberi Bantuan Dan Bimbingan Dari Aspek Fizikal, Rohani, Emosi, Mental Dan Spiritual Kepada Seorang Atau Lebih Klien Yang Normal Dan Sedang Menghadapi Masalah Dalam Hidupnya.

2. Psikospiritual Islam
(Pendekatan Psikologi & Spiritual)

Sebuah Disiplin Ilmu Yang Menggabungkan Elemen Psikologi Dan Kerohanian Berteraskan Teori Dan Amalan Dalam Islam Bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh.

3. Psychoeducation
(Pendekatan Psiko-Pendidikan)

Satu Proses Memberi Ilmu, Kesedaran Dan Kefahaman Kepada Individu Atau Keluarga Tentang Isu Psikologi, Emosi Atau Kesihatan Mental Supaya Mereka Lebih Faham Dan Tahu Cara Untuk Uruskan Keadaan Itu Dengan Cara Yang Betul Serta Mengurangkan Stigma.

4. 'Ilaj Syar'ie
(Pendekatan Ruqyah Syar'iyyah)

Satu Kaedah Rawatan Berasaskan Syariah Dan Kerohanian Islam Untuk Menangani Penyakit Yang Menimpa Seseorang Berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh.

Kes Yang Selalu Dirujuk Kepada PerawatIslam2u.com

Antara Kes Yang Selalu Dirujuk Kepada PerawatIslam2u.com Melibatkan Masalah Kekeluargaan, Masalah Kemasyarakatan, Masalah Gangguan Spiritual Dan Psikologi, Masalah Kerohanian Dan Kesihatan Mental, Masalah Pekerjaan, Masalah Perniagaan, Masalah Perkahwinan Dan Rumahtangga, Masalah Anak-Anak Dan Remaja, Masalah Penyakit Kritikal, Masalah Ketagihan Dan Lain-Lain Lagi.

Ramai Juga Yang Menghubungi PerawatIslam2u.com Kerana Berhadapan Dengan Masalah Gangguan Di Rumah Kediaman, Masalah Gangguan Di Homestay @ Airbnb, Masalah Gangguan Di Kedai, Masalah Gangguan Di Pejabat, Masalah Gangguan Di Restoran, Masalah Gangguan Di Taska & Tadika, Masalah Gangguan Di Klinik, Masalah Gangguan Di Butik, Masalah Gangguan Di Salun, Masalah Gangguan Di Premis Perniagaan Dan Bermacam-Macam Kes Lagi.

Malah Ada Yang Menghubungi Pihak Kami Kerana Memerlukan Rawatan Ruqyah VVIP, Rawatan Ruqyah Online, Rawatan Ruqyah Masalah Perkahwinan, Rumahtangga & Suami-Isteri, Rawatan Pulih Semangat, Rawatan Solat Hajat, Rawatan Anak Kerap Menangis, Rawatan Ruqyah Anak Tidak Mahu Pergi Ke Sekolah, Rawatan Pagar Rumah, Rawatan Premis, Rawatan Ruqyah Pesakit Di Hospital Dan Pusat Perubatan Dan Lain-Lain Lagi Sebagai Usaha Dan Ikhtiar Tambahan Sambil Mengharapkan Kesembuhan Dan Hajat Diperkenankan Allah S.W.T. Walau Apa Pun, Kita Hanya Berusaha. Selebihnya Kita Serahkan Segala Urusan Kepada Allah S.W.T.

FAQ (Soalan Yang Kerap Ditanya)

Ya, semua rawatan kami berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah dan panduan ulama muktabar.
Tiada sebarang unsur khurafat, jampi yang meragukan atau amalan menyimpang.
Kami menekankan adab, ilmu dan doa sebagai teras utama dalam setiap sesi rawatan.

Ya. Perawat Islam kami berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775).


Perawat Islam kami juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Bidang Perawatan Ruqyah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Mudah sahaja!
Klik butang “TEMUJANJI”, isikan butiran yang diperlukan dan jangan lupa, pilih sama ada:-

  • Rawatan bersemuka (Face to Face) – kami datang ke lokasi pilihan anda, atau

  • Rawatan atas talian (Online) – melalui Google Meet.
    Kami akan hubungi anda semula untuk sahkan tarikh, masa & jenis rawatan.

Kadar bayaran setiap rawatan berbeza mengikut jenis rawatan dan tempoh sesi rawatan.
Tapi jangan risau — kami amalkan konsep “Bayaran Mampu & Berpatutan”, serta “Value For Money”.
Tujuan kami bukan keuntungan semata-mata, tapi membantu ummah yang memerlukan. Kadar bayaran perlu mendapat persetujuan bersama sebelum sesi rawatan dimulakan.

Ya, Rawatan Online tetap berkesan kerana kami bimbing klien secara langsung langkah demi langkah menggunakan pendekatan:-

  • Kaunseling Syar’ie

  • Psikospiritual Islam

  • Psiko-Pendidikan

  • Ruqyah Syar’iyyah

Ramai klien dan pesakit kami di seluruh Malaysia dan dari luar negara seperti Singapura, Brunei, UK & Australia telah mendapat manfaat Rawatan Online ini. Walau bagaimanapun pihak kami berhak untuk menolak melakukan Rawatan Online sekiranya difikirkan klien atau pesakit menghadapi tahap gangguan yang tinggi kerana Rawatan Secara Bersemuka @ ‘Face To Face” adalah lebih sesuai untuk kes seperti ini.

In Shaa Allah.
Rawatan kami sesuai untuk semua peringkat umur — dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hingga warga emas.
Perawat akan sesuaikan bacaan ruqyah, kaedah dan pendekatan mengikut keadaan pesakit.

Sebelum sesi rawatan, sila pastikan:-

  • Anda berwuduk dan berada dalam keadaan tenang. Sudah dalam keadaan betul-betul bersedia untuk dirawat dengan kerelaan hati diri sendiri dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

  • Sediakan air mineral secukupnya untuk didoakan dan diminum.

  • Sediakan ruang yang tenang dan bebas gangguan semasa sesi rawatan dijalankan.

Sudah tentu. Kami menjaga amanah & kerahsiaan setiap klien.
Tiada sebarang rakaman, penyebaran maklumat atau perkongsian data tanpa izin.
Semua urusan rawatan dijalankan secara privasi dan beretika. 

 

Tempoh rawatan bergantung kepada punca dan tahap gangguan.
Biasanya, satu sesi rawatan mengambil masa antara 1 hingga 2 jam atau lebih.
Bagi kes tertentu, kami akan jadualkan untuk dilakukan rawatan susulan atau pemantauan.

Bezanya ialah pendekatan kami adalah secara Holistik @ Menyeluruh, berasaskan ilmu, hikmah dan profesionalisme.
Kami bukan sekadar membaca ruqyah, tapi juga bantu klien memahami punca, memperbaiki jiwa dan membina semula kekuatan dalaman.

Pendek kata, kami bantu anda bukan sekadar “pulih sementara”, tapi sembuh dengan kefahaman dan ketenangan sebenar. (Dengan izin Allah).

Masalah atau penyakit datang dari Allah. Cara penyelesaiannya, kita mesti kembali kepada Allah. Buat apa yang disuruh. Tinggalkan apa yang dilarang.

Walau apa pun, kita hanya berikhtiar, selebihnya kita serahkan urusan kepada Allah S.W.T.

Blog

Hubungi Kami

Jangan Biarkan Gangguan, Kesakitan, Tekanan Perasaan, Stres, Anxiety, Depression, Overthinking, OCD, PTSD, NPD Atau Rasa Tidak Tenang Terus Berlarutan Dan Menghantui Jiwa. Langkah Pertama Menuju Kesembuhan Ialah Berani Untuk Mendapatkan Rawatan, Panduan Dan Bimbingan. Kekal Berhubung Dengan PerawatIslam2u.com Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Serta Patuh Syariah Dari Semasa Ke Semasa, Walau Di Mana Anda Berada.

Lokasi Rawatan

1. Di Seluruh Malaysia
Secara Bersemuka @ 'Face To Face' Di Lokasi Pilihan Anda.

2. Di Seluruh Dunia
Secara Atas Talian @ 'Online' (Virtual Consultation) Menggunakan Google Meet Atau Zoom.

(DENGAN TEMUJANJI SAHAJA)

‘Setiap ujian datang bersama dengan jalan keluar. Jangan tangguh untuk sembuh. In Shaa Allah ada jalannya’.

E-mail

admin@PerawatIslam2u.com

Media Sosial

Sila KLIK Ikon Di Bawah

HOTLINE | Whatsapp

+6011-12762166
(Ustaz Amin)

Sila Simpan No. HOTLINE Dan Whatsapp Ini Untuk Rujukan Pada Masa Hadapan Sekiranya Anda Memerlukan Perawat Islam Profesional Untuk Melakukan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Patuh Syariah.
Rawatan Kecemasan Dan Temujanji Khas Juga Tersedia.

© 2026 PerawatIslam2u.com | Semua Hak Cipta Terpelihara