Menyediakan Perkhidmatan Khidmat Nasihat, Sesi Runding Cara Dan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Yang Bersistematik Serta Patuh Syariah, Secara Bersemuka @ ‘Face To Face’ Di Seluruh Malaysia Dan Secara Atas Talian @ ‘Online’ Di Seluruh Dunia.
Rawatan Ruqyah di Hospital dan Pusat perubatan merujuk kepada kaedah rawatan dengan menggunakan bacaan Ruqyah Syar’iyyah, doa dan zikir yang dilakukan oleh Perawat Islam terlatih dan berkemahiran ke atas pesakit yang sedang dirawat di:-
Hospital Kerajaan
Hospital Swasta
Pusat Perubatan
Pusat Rawatan Dan Rehabilitasi
Ia berfungsi sebagai rawatan sokongan dan pelengkap (komplementari) yang melengkapkan rawatan perubatan moden, tanpa mengganggu prosedur atau rawatan doktor.
Perkhidmatan Rawatan Ruqyah di Hospital dan Pusat Perubatan sangat sesuai untuk:-
Pesakit kanser, strok, sakit berpanjangan atau koma yang memerlukan sokongan rohani dan ketenangan jiwa.
Individu yang mengalami anxiety, kemurungan, tekanan emosi atau trauma ketika dirawat di hospital.
Pesakit yang menunjukkan simptom luar biasa seperti:-
Gelisah melampau
Sukar tidur walaupun diberi ubat
Menjerit atau memberontak tanpa sebab perubatan yang jelas
Golongan tua yang memerlukan bimbingan rohani, doa dan ketenangan menjelang rawatan atau dalam proses pemulihan.
Rawatan dijalankan secara beretika, beradab dan tidak ekstrem, antaranya:-
Bacaan ayat-ayat Ruqyah Syar’iyyah
Doa penyembuhan daripada Al-Quran dan Sunnah
Zikir penenang jiwa
Nasihat ringkas dan motivasi rohani kepada pesakit & waris
Semua bacaan dilakukan tanpa sentuhan berlebihan, tanpa jampi pelik dan tanpa unsur khurafat.
Ruqyah membantu menurunkan keresahan, ketakutan dan tekanan emosi pesakit.
Pesakit lebih redha, tenang dan bergantung kepada Allah sebagai Penyembuh sebenar.
Ia berfungsi sebagai sokongan rohani tanpa mengganggu rawatan doktor.
Ahli keluarga turut merasa lega dan yakin pesakit mendapat rawatan secara holistik @ menyeluruh.
Rawatan dijalankan dengan penuh tanggungjawab, amanah dan secara Profesional.
Rawatan Islam Ruqyah di Hospital dan Pusat Perubatan tidak dilakukan secara terbuka, sebaliknya:-
Berdasarkan jemputan dari pesakit atau keluarga @ waris pesakit
Dengan keizinan pesakit atau waris
Menghormati peraturan hospital
Mengutamakan adab dan kesantunan
Ini memastikan rawatan berjalan dengan harmoni dan tidak menimbulkan sebarang salah faham.
Setakat ini, pihak kami pernah menerima jemputan untuk merawat pesakit dan waris pesakit di:-
Rawatan Ruqyah di Hospital dan Pusat Perubatan adalah satu bentuk ikhtiar penyembuhan rohani yang sangat bernilai. Ia membantu pesakit menghadapi ujian kesihatan dengan lebih tenang, yakin dan berserah kepada Allah SWT.
Apabila rawatan fizikal dan rohani berjalan seiring, In Shaa Allah proses penyembuhan menjadi lebih menyeluruh dan bermakna.
Kekal Berhubung Dengan Perawat Islam Profesional Kami Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Serta Patuh Syariah Dari Semasa Ke Semasa, Walau Di Mana Jua Anda Berada.
1. Di Seluruh Malaysia
Secara Bersemuka @ Secara 'Face To Face' Di Lokasi Pilihan Anda.
2. Di Seluruh Dunia
Secara Atas Talian @ Secara 'Online' (Virtual Consultation) Menggunakan Google Meet Atau Zoom.
(DENGAN TEMUJANJI SAHAJA)
+6011-12762166
(Ustaz Amin)
Sila Simpan No. HOTLINE Dan Whatsapp Ini Untuk Rujukan Pada Masa Hadapan Sekiranya Anda Memerlukan Perawat Islam Profesional Untuk Melakukan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Atau Sekiranya Berlaku Kecemasan Dan Perkara Yang Tidak Dijangka.
© 2026 PerawatIslam2u.com | Semua Hak Cipta Terpelihara
KLIK Di Sini