Menyediakan Perkhidmatan Khidmat Nasihat, Sesi Runding Cara Dan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Yang Bersistematik Serta Patuh Syariah. Tersedia Secara Bersemuka @ ‘Face To Face’ Di Seluruh Malaysia Dan Secara Atas Talian @ ‘Online’ Walau Di Mana Saja Anda Berada (Di Seluruh Dunia).
Pihak kami sering dihubungi dan diminta oleh pesakit dan waris pesakit untuk melakukan ‘Rawatan Jarak Jauh’ atau ‘Rawatan Melalui Gambar’. Namun setelah ditanya ‘Rawatan Jarak Jauh’ dan ‘Rawatan Melalui Gambar’ yang bagaimana yang dimaksudkan, ramai yang tidak boleh memberi jawapan dengan tepat, rawatan apa yang mereka kehendaki sebenarnya.
Kalau ada pun biasanya mereka mengatakan rawatan ‘Scan’ dan ‘Tengok Dari Jauh’, yang mana kami tidak pernah belajar dan guru-guru kami pun tidak pernah mengajar ilmu ini dan kami pun tidak ada ilmu ini.
Untuk makluman, ‘Rawatan Jarak Jauh’ yang kami lakukan hanyalah melalui Rawatan Solat Hajat. Pakej Rawatan Solat Hajat yang ditawarkan termasuk membaca Surah Yasin, doa, wirid, zikir, istighfar, selawat, membaca doa-doa mustajab yang terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa mustajab yang diambil dari hadis-hadis Nabi S.A.W. dan amalan Ulamak Muktabar dan Salafus Soleh.
Biasanya dilakukan di atas permintaan diri pesakit atau orang yang berhajat itu sendiri. Bahkan dalam kes-kes tertentu, di atas permintaan ibu bapa, pasangan dan waris pesakit. Malahan dalam situasi tertentu, Rawatan Solat Hajat boleh juga dilakukan dengan tanpa pengetahuan diri pesakit yang hendak dirawat itu sendiri.
Dari Abu Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Di atas kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat tersebut berkata, ‘Amin’ dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.”
(Hadis Riwayat Muslim, No. 2733)
Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja pihak yang berhajat yang menghubungi pihak kami dengan membawa seribu harapan.
Ada ibu bapa yang menghubungi kami dengan suara bergetar, memohon solat hajat agar anak mereka kembali fokus, lembut hati dan dipermudahkan dalam menduduki peperiksaan. Mereka hanya mahu melihat anak membesar dengan baik… dan berjaya dalam kehidupan. Itu sahaja.
Ada isteri yang menahan sebak, berharap suami berubah menjadi lebih tenang, kurang marah, kurang panas baran dan lebih menghargai keluarga dan meninggalkan tabiat buruk yang menjadi punca keretakan hubungan suami isteri dan rumah tangga yang dibina bersama.
Ada pula suami yang menghubungi kami dengan hati yang terluka, memohon agar isteri yang merajuk pulang ke rumah, kembali tersenyum, kembali ke pangkuan keluarga, kembali menjadi teman sehidup semati seperti dulu.
Ada waris yang teresak-esak sambil mengalirkan air mata, memohon solat hajat untuk kesembuhan ahli keluarga yang sedang bertarung dengan kesakitan di rumah, di hospital atau di Pusat Perubatan. Mereka hanya mahu melihat insan tersayang kembali sihat sebab rasa dah tak sanggup melihat derita yang ditanggung. Dah berubat banyak tempat, dah habis banyak duit… tapi masih belum sembuh.
Ada juga yang memohon agar dilakukan solat hajat kerana kehilangan barang berharga dan memohon doa agar barang tersebut dijumpai semula dan ada juga untuk berhajat untuk doa dan perlindungan sebelum melakukan perjalanan jauh… lebih-lebih lagi sebelum berangkat menunaikan umrah dan haji.
Masing-masing membawa hajat, doa dan harapan besar yang hanya Allah sahaja yang mengetahui kesungguhan mereka agar doa dan hajat mereka dimakbulkan.
Ada yang memohon untuk dilakukan solat hajat untuk satu malam, tiga malam, lima malam, tujuh malam…. mengikut hajat-hajat mereka yang berhajat.
Namun kami selalu ingatkan satu perkara…. Kami hanya mampu berusaha. Kami hanya melakukan solat hajat dan menyampaikan doa seperti diamanahkan. Kuasa menyembuhkan, melembutkan hati, memulihkan hubungan, dan memakbulkan segala permintaan… semuanya milik Allah S.W.T.
Dialah yang paling mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Dan pada akhirnya, kepada-Nya jugalah kita menyerahkan segala urusan.
Sekiranya anda juga berhajat untuk mendapatkan Rawatan Solat Hajat dari PerawatIslam2u.com, sila tekan butang TEMPAH SEKARANG di bawah.
Kekal Berhubung Dengan Perawat Islam Profesional Kami Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Dan Rawatan Solat Hajat Dari Semasa Ke Semasa, Walau Di Mana Jua Anda Berada.
+6011-12762166
(Ustaz Amin)
Sila Simpan No. HOTLINE Dan Whatsapp Ini Untuk Rujukan Pada Masa Hadapan Sekiranya Anda Memerlukan Perawat Islam Profesional Untuk Melakukan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Dan Rawatan Solat Hajat.
© 2026 PerawatIslam2u.com | Semua Hak Cipta Terpelihara