Menyediakan Perkhidmatan Khidmat Nasihat, Sesi Runding Cara Dan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Yang Bersistematik Serta Patuh Syariah. Tersedia Secara Bersemuka @ ‘Face To Face’ Di Seluruh Malaysia Dan Secara Atas Talian @ ‘Online’ Walau Di Mana Saja Anda Berada (Di Seluruh Dunia).
Putrajaya dikenali sebagai bandar terancang, moden dan tenang. Namun realitinya, ramai juga penduduk Putrajaya berdepan gangguan spiritual, tekanan emosi, masalah rumah tangga, isu berkaitan kesihatan mental dan kesihatan dalaman yang tidak dapat diselesaikan sepenuhnya melalui rawatan fizikal dan perubatan moden semata-mata.
Di sinilah Perawatislam2u.com tampil menawarkan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik di Putrajaya secara Pofesional, patuh syariah dan berasaskan Ruqyah Syar’iyyah, doa serta menggunakan pendekatan Kaunseling Syar’ie, Psikospiritual Islam dan ‘Ilaj Syar’ie (Ruqyah Syar’iyyah).
Perkhidmatan ini sangat sesuai untuk individu dan keluarga di Putrajaya yang mengalami:-
Gangguan makhluk halus, sihir, santau, saka & jin
Tekanan emosi, anxiety, panic attack & kemurungan
Masalah rumah tangga yang berpanjangan tanpa sebab yang jelas
Gangguan tidur, mimpi buruk, badan lemah & cepat letih
Rumah terasa panas, seram atau tidak tenteram
Penyakit berulang yang tiada jawapan jelas dari sudut perubatan moden
Perawatislam2u.com menyediakan perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam di semua kawasan & presint perumahan di seluruh Putrajaya, termasuk:-
Presint 1 – Kompleks Kerajaan & kawasan sekitar
Presint 2 – Kediaman & perumahan penjawat awam
Presint 3 – Perumahan & komuniti keluarga
Presint 4 – Kawasan institusi & kediaman
Presint 5 – Perumahan bertingkat & landed
Presint 6 – Kediaman dan kawasan perniagaan
Presint 7 – Kawasan kediaman moden
Presint 8 – Perumahan penjawat awam
Presint 9 – Pusat komersial & kediaman
Presint 10 – Perumahan & institusi pendidikan
Presint 11 – Kompleks kerajaan & perumahan
Presint 12 – Perumahan bertingkat
Presint 13 – Perumahan komuniti
Presint 14 – Kawasan perumahan & rekreasi
Presint 15 – Perumahan moden & keluarga
Presint 16 – Perumahan baharu
Presint 17 – Perumahan & institusi
Presint 18 – Perumahan awam
Presint 19 – Perumahan & kawasan sokongan
Presint 20 – Kediaman & komuniti
Sama ada rumah landed, apartment, kondominium atau pejabat, premis perniagaan, homestay dan hotel, rawatan boleh diatur mengikut keperluan dan keselesaan pesakit.
Antara sebab utama ramai memilih Perawatislam2u.com untuk Rawatan Pengubatan Islam di Putrajaya:-
Menggunakan Ruqyah Syar’iyyah Patuh Al-Quran & Sunnah
Tiada amalan khurafat, tiada unsur syirik, hanya ayat suci Al-Quran, doa dan zikir sahih.
Pendekatan Holistik & Psikospiritual Islam
Rawatan bukan sekadar buang gangguan, tetapi bantu pemulihan emosi, mental dan spiritual.
Berpengalaman & Profesional
Dikendalikan oleh Perawat berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berpengalaman dalam menangani kes gangguan spiritual dan kesihatan dalaman.
Rawatan Fleksibel & Mesra Pesakit
Boleh atur sesi rawatan di rumah, lokasi dipersetujui atau secara ‘Online’ (jika perlu dan mengikut kesesuaian).
Dipercayai Ramai & Mempunyai Reputasi Baik
Perawatislam2u.com menjadi pilihan ramai kerana menggunakan pendekatan berhemah, Profesional dan beretika.
Perawat Islam Kami Bukan Biasa-Biasa. Kami Merupakan Pengamal Pengubatan Islam Profesional, Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Berkemahiran Tinggi Dan Berpengalaman Luas .
Kami Komited Memberikan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Yang Profesional, Patuh Syariah Dan Beretika Dengan Menggunakan Pendekatan Holistik @ Menyeluruh, Merangkumi Aspek Rohani, Jasmani, Emosi, Mental Dan Spiritual.
Perawat Islam Profesional yang telah mendapat latihan, bimbingan dan tunjuk ajar secara formal dan bermodul dari guru-guru dan tokoh pengubatan Islam yang ternama, berkaliber dan pakar di dalam bidang perawatan Islam supaya setiap sesi rawatan lebih teratur dan efektif.
Perawat Islam yang berdaftar secara rasmi dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775). Pendaftaran ini membuktikan Perawat dan rawatan yang dijalankan adalah diiktiraf, sah dan patuh perundangan.
Perawat Islam yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami telah merawat bermacam-macam kes yang melibatkan masalah fizikal, rohani, emosi, mental dan spiritual dari seluruh Malaysia hingga ke luar negara.
Perawat Islam yang diberi kepercayaan dan berpengalaman merawat pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan VVIP, golongan Profesional, ahli perniagaan, artis, selebriti, pelakon popular dan penyanyi terkenal tanahair, atlet negara, founder produk serta masyarakat umum. Pengalaman luas ini menjadikan kami lebih memahami keperluan setiap pesakit dengan pendekatan rawatan berhemah dan penuh rahmah.
Kami Percaya Setiap Penyakit Sama Ada Rohani, Jasmani, Emosi, Mental Dan Spiritual Boleh Dirawat Dengan Izin Allah. Dengan Misi Untuk Membantu Masyarakat Mencari Keseimbangan Diri (Roh, Nafs, Qalb & ‘Aql) Pendekatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Yang Digunakan Merupakan Integrasi 4 Elemen Berikut:-
Satu Proses Memberi Bantuan Dan Bimbingan Dari Aspek Fizikal, Rohani, Emosi, Mental Dan Spiritual Kepada Seorang Atau Lebih Klien Yang Normal Dan Sedang Menghadapi Masalah Dalam Hidupnya.
Sebuah Disiplin Ilmu Yang Menggabungkan Elemen Psikologi Dan Kerohanian Berteraskan Teori Dan Amalan Dalam Islam Bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh.
Satu Proses Memberi Ilmu, Kesedaran Dan Kefahaman Kepada Individu Atau Keluarga Tentang Isu Psikologi, Emosi Atau Kesihatan Mental Supaya Mereka Lebih Faham Dan Tahu Cara Untuk Uruskan Keadaan Itu Dengan Cara Yang Betul Serta Mengurangkan Stigma.
Satu Kaedah Rawatan Berasaskan Syariah Dan Kerohanian Islam Untuk Menangani Penyakit Yang Menimpa Seseorang Berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh.
Antara Kes Yang Selalu Dirujuk Kepada Pihak Kami Melibatkan Masalah Kekeluargaan, Masalah Kemasyarakatan, Masalah Spiritual Dan Psikologi, Masalah Kesihatan Mental, Masalah Pekerjaan, Masalah Perniagaan, Masalah Perkahwinan @ Rumahtangga, Masalah Anak-Anak @ Remaja, Masalah Penyakit Kritikal, Masalah Ketagihan, Masalah Gangguan Di Rumah Kediaman, Masalah Gangguan Di Kedai, Masalah Gangguan Di Pejabat, Masalah Gangguan Di Restoran, Masalah Gangguan Di Premis Perniagaan Dan Bermacam-Macam Kes Lagi.
Ya, semua rawatan kami berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah dan panduan ulama muktabar.
Tiada sebarang unsur khurafat, jampi yang meragukan atau amalan menyimpang.
Kami menekankan adab, ilmu dan doa sebagai teras utama dalam setiap sesi rawatan.
Ya. Perawat Islam kami berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775).

Perawat Islam kami juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Bidang Perawatan Ruqyah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Mudah sahaja!
Klik butang “TEMUJANJI”, isikan butiran yang diperlukan dan jangan lupa, pilih sama ada:-
Rawatan bersemuka (Face to Face) – kami datang ke lokasi pilihan anda, atau
Rawatan atas talian (Online) – melalui Google Meet.
Kami akan hubungi anda semula untuk sahkan tarikh, masa & jenis rawatan.
Kadar bayaran setiap rawatan berbeza mengikut jenis rawatan dan tempoh sesi rawatan.
Tapi jangan risau — kami amalkan konsep “bayaran mampu & berpatutan”, serta “Value For Money”.
Tujuan kami bukan keuntungan semata-mata, tapi membantu ummah yang memerlukan. Kadar bayaran perlu mendapat persetujuan bersama sebelum sesi rawatan dimulakan.
Ya, Rawatan Online tetap berkesan kerana kami bimbing klien secara langsung langkah demi langkah menggunakan pendekatan:-
Kaunseling Syar’ie
Psikospiritual Islam
Psiko-Pendidikan
Ramai klien dan pesakit kami di seluruh Malaysia dan dari luar negara seperti Singapura, Brunei, UK & Australia telah mendapat manfaat Rawatan Online ini. Walau bagaimanapun pihak kami berhak untuk menolak melakukan Rawatan Online sekiranya difikirkan klien atau pesakit menghadapi tahap gangguan yang tinggi kerana Rawatan Secara Bersemuka @ ‘Face To Face” adalah lebih sesuai untuk kes seperti ini.
In Shaa Allah.
Rawatan kami sesuai untuk semua peringkat umur — dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hingga warga emas.
Perawat akan sesuaikan bacaan ruqyah, kaedah dan pendekatan mengikut keadaan pesakit.
Sebelum sesi rawatan, sila pastikan:-
Anda berwuduk dan berada dalam keadaan tenang. Sudah dalam keadaan betul-betul bersedia untuk dirawat dengan kerelaan hati diri sendiri dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
Sediakan air mineral secukupnya untuk didoakan dan diminum.
Sediakan ruang yang tenang dan bebas gangguan semasa sesi rawatan dijalankan.
Sudah tentu. Kami menjaga amanah & kerahsiaan setiap klien.
Tiada sebarang rakaman, penyebaran maklumat atau perkongsian data tanpa izin.
Semua urusan rawatan dijalankan secara privasi dan beretika.
Tempoh rawatan bergantung kepada punca dan tahap gangguan.
Biasanya, satu sesi rawatan mengambil masa antara 1 hingga 2 jam atau lebih.
Bagi kes tertentu, kami akan jadualkan untuk dilakukan rawatan susulan atau pemantauan.
Bezanya ialah pendekatan kami adalah secara Holistik @ Menyeluruh, berasaskan ilmu, hikmah dan profesionalisme.
Kami bukan sekadar membaca ruqyah, tapi juga bantu klien memahami punca, memperbaiki jiwa dan membina semula kekuatan dalaman.
Pendek kata, kami bantu anda bukan sekadar “pulih sementara”, tapi sembuh dengan kefahaman dan ketenangan sebenar. (Dengan izin Allah).
Masalah atau penyakit datang dari Allah. Cara penyelesaiannya, kita mesti kembali kepada Allah. Buat apa yang disuruh. Tinggalkan apa yang dilarang.
Walau apa pun, kita hanya berikhtiar, selebihnya kita serahkan urusan kepada Allah S.W.T.
Jangan Biarkan Gangguan, Kesakitan, Tekanan Perasaan Atau Rasa Tidak Tenang Terus Berlarutan Dan Menghantui Jiwa. Langkah Pertama Menuju Kesembuhan Ialah Berani Untuk Mendapatkan Rawatan, Panduan Dan Bimbingan. Kekal Berhubung Dengan Perawat Islam Profesional Kami Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Serta Patuh Syariah Dari Semasa Ke Semasa, Walau Di Mana Jua Anda Berada.
1. Di Seluruh Malaysia
Secara Bersemuka @ Secara 'Face To Face' Di Lokasi Pilihan Anda.
2. Di Seluruh Dunia
Secara Atas Talian @ Secara 'Online' (Virtual Consultation) Menggunakan Google Meet Atau Zoom.
(DENGAN TEMUJANJI SAHAJA)
‘Setiap ujian datang bersama dengan jalan keluar. Jangan tangguh untuk sembuh. In Shaa Allah ada jalannya’.
+6011-12762166
(Ustaz Amin)
Sila Simpan No. HOTLINE Dan Whatsapp Ini Untuk Rujukan Pada Masa Hadapan Sekiranya Anda Memerlukan Perawat Islam Profesional Untuk Melakukan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Patuh Syariah.
Rawatan Kecemasan Dan Temujanji Khas Juga Tersedia.
© 2026 PerawatIslam2u.com | Semua Hak Cipta Terpelihara
KLIK Di Sini