PerawatIslam2u.com

Menyediakan Perkhidmatan Khidmat Nasihat, Sesi Runding Cara Dan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Yang Bersistematik Serta Patuh Syariah. Tersedia Secara Bersemuka @ ‘Face To Face’ Di Seluruh Malaysia Dan Secara Atas Talian @ ‘Online’ Walau Di Mana Saja Anda Berada (Di Seluruh Dunia).

RAWATAN ISLAM DI KUALA LUMPUR

Bagi masyarakat yang tinggal di Kuala Lumpur, kini anda boleh mendapatkan khidmat Rawatan Pengubatan Islam holistik profesional dan patuh syariah melalui platform PerawatIslam2u.com.
Sama ada anda ingin dirawat secara bersemuka ‘face to face’ atau secara atas talian (online), PerawatIslam2u.com menyediakan kemudahan rawatan Islam yang mudah, fleksibel dan selamat di hujung jari anda.

Perkhidmatan ini direka khas bagi membantu masyarakat bandar yang sibuk dan memerlukan Rawatan Pengubatan Islam secara lebih praktikal tanpa mengabaikan adab, etika serta panduan syarak.

Rawatan Islam Holistik, Profesional & Patuh Syariah

PerawatIslam2u.com menjalankan rawatan berasaskan Al-Quran, As-Sunnah dan doa-doa ruqyah syar‘iyyah. Pendekatan rawatan yang digunakan bersifat holistik, merangkumi aspek rohani, emosi dan fizikal agar pesakit mendapat kesembuhan dan ketenangan yang menyeluruh.

Semua rawatan dikendalikan oleh Perawat Islam yang berpengalaman, amanah dan mematuhi garis panduan syariah — tanpa sebarang unsur khurafat atau amalan yang bercanggah dengan aqidah Islam.

Perkhidmatan Rawatan Terus ke Lokasi Anda

PerawatIslam2u.com juga menawarkan kemudahan rawatan terus ke lokasi pilihan anda di sekitar Kuala Lumpur

Kawasan Tengah & Pusat Bandar

  • Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

  • Bukit Bintang

  • Chow Kit

  • Dang Wangi

  • Kampung Baru

  • Masjid Jamek

  • Pudu

Kawasan Barat Kuala Lumpur

  • Setapak

  • Wangsa Maju

  • Gombak

  • Taman Melati

  • Sentul

  • Batu Caves

Kawasan Selatan Kuala Lumpur

  • Bangsar

  • Bangsar South

  • Mid Valley

  • Seputeh

  • Brickfields

  • Old Klang Road (OUG)

  • Kuchai Lama

Kawasan Timur Kuala Lumpur

  • Ampang

  • Pandan Indah

  • Pandan Jaya

  • Cheras

  • Taman Maluri

Kawasan Utara Kuala Lumpur

  • Kepong

  • Jinjang

  • Segambut

  • Mont Kiara

Kawasan Strategik (Campur Residential + Komersial)

  • Sri Hartamas

  • Desa ParkCity

  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

  • Sungai Besi

Perawat boleh datang terus ke:-
🏠 Rumah persendirian
🏢 Pejabat atau premis perniagaan
🏨 Hotel atau homestay
🏥 Hospital atau pusat perubatan

Semua perkhidmatan ini dijalankan dengan terma dan syarat yang dipersetujui bersama, bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pesakit sepanjang sesi rawatan dijalankan.

Mengapa Pilih PerawatIslam2u.com

✅ Rawatan Islam berasaskan Al-Quran & Sunnah
✅ Pendekatan holistik dan profesional
✅ Perawat berpengalaman dan beretika
✅ Patuh syariah sepenuhnya
✅ Pilihan rawatan bersemuka atau atas talian
✅ Servis terus ke lokasi di seluruh Kuala Lumpur

Kini masyarakat di Kuala Lumpur tidak perlu lagi mencari jauh — PerawatIslam2u.com sedia membantu anda mendapatkan rawatan Islam yang menyeluruh, ikhlas dan penuh keberkatan di mana sahaja anda berada.

Kriteria Perawat Islam Kami

Perawat Islam Kami Bukan Biasa-Biasa. Kami Merupakan Pengamal Pengubatan Islam Profesional, Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Berkemahiran Tinggi Dan Berpengalaman Luas .

Kami Komited Memberikan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Yang Profesional, Patuh Syariah Dan Beretika Dengan Menggunakan Pendekatan Holistik @ Menyeluruh, Merangkumi Aspek Rohani, Jasmani, Emosi, Mental Dan Spiritual.

Profesional

Perawat Islam Profesional yang telah mendapat latihan, bimbingan dan tunjuk ajar secara formal dan bermodul dari guru-guru dan tokoh pengubatan Islam yang ternama, berkaliber dan pakar di dalam bidang perawatan Islam supaya setiap sesi rawatan lebih teratur dan efektif.

Berdaftar Dengan KKM

Perawat Islam yang berdaftar secara rasmi dengan Majlis Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775). Pendaftaran ini membuktikan Perawat dan rawatan yang dijalankan adalah diiktiraf, sah dan patuh perundangan.

Berkemahiran Tinggi

Perawat Islam yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami telah merawat bermacam-macam kes yang melibatkan masalah fizikal, rohani, emosi, mental dan spiritual dari seluruh Malaysia hingga ke luar negara.

Berpengalaman Luas

Perawat Islam yang diberi kepercayaan dan berpengalaman merawat pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan VVIP, golongan Profesional, ahli perniagaan, artis, selebriti, pelakon popular dan penyanyi terkenal tanahair, atlet negara, founder produk serta masyarakat umum. Pengalaman luas ini menjadikan kami lebih memahami keperluan setiap pesakit dengan pendekatan rawatan berhemah dan penuh rahmah.

Pendekatan Rawatan Yang Digunakan

Kami Percaya Setiap Penyakit Sama Ada Rohani, Jasmani, Emosi, Mental Dan Spiritual Boleh Dirawat Dengan Izin Allah. Dengan Misi Untuk Membantu Masyarakat Mencari Keseimbangan Diri (Roh, Nafs, Qalb & ‘Aql) Pendekatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Yang Digunakan Merupakan Integrasi 4 Elemen Berikut:-

1. Kaunseling Syar'ie
(Pendekatan Tazkiyah An Nafs)

Satu Proses Memberi Bantuan Dan Bimbingan Dari Aspek Fizikal, Rohani, Emosi, Mental Dan Spiritual Kepada Seorang Atau Lebih Klien Yang Normal Dan Sedang Menghadapi Masalah Dalam Hidupnya.

2. Psikospiritual Islam
(Pendekatan Psikologi & Spiritual)

Sebuah Disiplin Ilmu Yang Menggabungkan Elemen Psikologi Dan Kerohanian Berteraskan Teori Dan Amalan Dalam Islam Bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh.

3. Psychoeducation
(Psiko-Pendidikan)

Satu Proses Memberi Ilmu, Kesedaran Dan Kefahaman Kepada Individu Atau Keluarga Tentang Isu Psikologi, Emosi Atau Kesihatan Mental Supaya Mereka Lebih Faham Dan Tahu Cara Untuk Uruskan Keadaan Itu Dengan Cara Yang Betul Serta Mengurangkan Stigma.

4. 'Ilaj Syar'ie
(Pendekatan Ruqyah Syar'iyyah)

Satu Kaedah Rawatan Berasaskan Syariah Dan Kerohanian Islam Untuk Menangani Penyakit Yang Menimpa Seseorang Berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak Dan Salafussoleh.

Kes Yang Selalu Dirujuk Kepada Pihak Kami

Antara Kes Yang Selalu Dirujuk Kepada Pihak Kami Melibatkan Masalah Kekeluargaan, Masalah Kemasyarakatan, Masalah Spiritual Dan Psikologi, Masalah Kesihatan Mental, Masalah Pekerjaan, Masalah Perniagaan, Masalah Perkahwinan @ Rumahtangga, Masalah Anak-Anak @ Remaja, Masalah Penyakit Kritikal, Masalah Ketagihan, Masalah Gangguan Di Rumah Kediaman, Masalah Gangguan Di Kedai, Masalah Gangguan Di Pejabat, Masalah Gangguan Di Restoran, Masalah Gangguan Di Premis Perniagaan Dan Bermacam-Macam Kes Lagi.

FAQ (Soalan Yang Kerap Ditanya)

Ya, semua rawatan kami berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah dan panduan ulama muktabar.
Tiada sebarang unsur khurafat, jampi yang meragukan atau amalan menyimpang.
Kami menekankan adab, ilmu dan doa sebagai teras utama dalam setiap sesi rawatan.

Ya. Perawat Islam kami berdaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Akta Perubatan Tradisional Dan Komplementari 2016 (Akta 775).


Perawat Islam kami juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Bidang Perawatan Ruqyah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Mudah sahaja!
Klik butang “TEMUJANJI”, isikan butiran yang diperlukan dan jangan lupa, pilih sama ada:-

  • Rawatan bersemuka (Face to Face) – kami datang ke lokasi pilihan anda, atau

  • Rawatan atas talian (Online) – melalui Google Meet.
    Kami akan hubungi anda semula untuk sahkan tarikh, masa & jenis rawatan.

Kadar bayaran setiap rawatan berbeza mengikut jenis rawatan dan tempoh sesi rawatan.
Tapi jangan risau — kami amalkan konsep “bayaran mampu & berpatutan”, serta “Value For Money”.
Tujuan kami bukan keuntungan semata-mata, tapi membantu ummah yang memerlukan. Kadar bayaran perlu mendapat persetujuan bersama sebelum sesi rawatan dimulakan.

Ya, Rawatan Online tetap berkesan kerana kami bimbing klien secara langsung langkah demi langkah menggunakan pendekatan:-

  • Kaunseling Syar’ie

  • Psikospiritual Islam

  • Psiko-Pendidikan

  • Ruqyah Syar’iyyah

Ramai klien dan pesakit kami di seluruh Malaysia dan dari luar negara seperti Singapura, Brunei, UK & Australia telah mendapat manfaat Rawatan Online ini. Walau bagaimanapun pihak kami berhak untuk menolak melakukan Rawatan Online sekiranya difikirkan klien atau pesakit menghadapi tahap gangguan yang tinggi kerana Rawatan Secara Bersemuka @ ‘Face To Face” adalah lebih sesuai untuk kes seperti ini.

In Shaa Allah.
Rawatan kami sesuai untuk semua peringkat umur — dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hingga warga emas.
Perawat akan sesuaikan bacaan ruqyah, kaedah dan pendekatan mengikut keadaan pesakit.

Sebelum sesi rawatan, sila pastikan:-

  • Anda berwuduk dan berada dalam keadaan tenang. Sudah dalam keadaan betul-betul bersedia untuk dirawat dengan kerelaan hati diri sendiri dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

  • Sediakan air mineral secukupnya untuk didoakan dan diminum.

  • Sediakan ruang yang tenang dan bebas gangguan semasa sesi rawatan dijalankan.

Sudah tentu. Kami menjaga amanah & kerahsiaan setiap klien.
Tiada sebarang rakaman, penyebaran maklumat atau perkongsian data tanpa izin.
Semua urusan rawatan dijalankan secara privasi dan beretika. 

 

Tempoh rawatan bergantung kepada punca dan tahap gangguan.
Biasanya, satu sesi rawatan mengambil masa antara 1 hingga 2 jam atau lebih.
Bagi kes tertentu, kami akan jadualkan untuk dilakukan rawatan susulan atau pemantauan.

Bezanya ialah pendekatan kami adalah secara Holistik @ Menyeluruh, berasaskan ilmu, hikmah dan profesionalisme.
Kami bukan sekadar membaca ruqyah, tapi juga bantu klien memahami punca, memperbaiki jiwa dan membina semula kekuatan dalaman.

Pendek kata, kami bantu anda bukan sekadar “pulih sementara”, tapi sembuh dengan kefahaman dan ketenangan sebenar. (Dengan izin Allah).

Masalah atau penyakit datang dari Allah. Cara penyelesaiannya, kita mesti kembali kepada Allah. Buat apa yang disuruh. Tinggalkan apa yang dilarang.

Walau apa pun, kita hanya berikhtiar, selebihnya kita serahkan urusan kepada Allah S.W.T.

Hubungi Kami

Jangan Biarkan Gangguan, Kesakitan, Tekanan Perasaan Atau Rasa Tidak Tenang Terus Berlarutan Dan Menghantui Jiwa. Langkah Pertama Menuju Kesembuhan Ialah Berani Untuk Mendapatkan Rawatan, Panduan Dan Bimbingan. Kekal Berhubung Dengan Perawat Islam Profesional Kami Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Profesional Serta Patuh Syariah Dari Semasa Ke Semasa, Walau Di Mana Jua Anda Berada.

Lokasi Rawatan

1. Di Seluruh Malaysia
Secara Bersemuka @ Secara 'Face To Face' Di Lokasi Pilihan Anda.

2. Di Seluruh Dunia
Secara Atas Talian @ Secara 'Online' (Virtual Consultation) Menggunakan Google Meet Atau Zoom.

(DENGAN TEMUJANJI SAHAJA)

‘Setiap ujian datang bersama dengan jalan keluar. Jangan tangguh untuk sembuh. In Shaa Allah ada jalannya’.

E-mail

admin@PerawatIslam2u.com

Media Sosial

Sila KLIK Ikon Di Bawah

HOTLINE | Whatsapp

+6011-12762166
(Ustaz Amin)

Sila Simpan No. HOTLINE Dan Whatsapp Ini Untuk Rujukan Pada Masa Hadapan Sekiranya Anda Memerlukan Perawat Islam Profesional Untuk Melakukan Rawatan Pengubatan Islam Holistik Patuh Syariah.
Rawatan Kecemasan Dan Temujanji Khas Juga Tersedia.

© 2026 PerawatIslam2u.com | Semua Hak Cipta Terpelihara